Friday 21 December 2012

Gunung Berapi 


Gunung Berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

 Volcano scheme.svg
 
 
1. Kamar magma besar
2. Batu dasar
3. Penyalur (Conduit)
4. Asas
5. Sill
6. Paip cabang
7. Lapisan abu dari gunung berapi
8. Sisi
9. Lapisan lava dari gunung berapi
10. Tengkuk
11. Kon parasit
12. Aliran lava
13. Bukaan
14. Kawah
15. Kepulan abu
 
 

Gunung berapi:

Ciri-ciri gunung berapi

Pemahaman paling biasa mengenai gunung berapi adalah gunung berbentuk kon, menghambur lava dan gas beracun dari kawah gunung berapi dipuncaknya. Gambaran ini hanya menggambarkan satu dari pelbagai jenis gunung berapi, dan ciri-ciri gunung berapi adalah lebih sukar. Struktur dan perangai gunung berapi bergantung kepada beberapa faktor. Sesetengah gunung berapi mempunyai kemuncak bergerigih dibentuk oleh kubah lava dan bukannya kawah puncak, sementara yang lain menunjukkan ciri-ciri permukaan bumi seperti tanah tinggi rata yang besar. Lohong yang mengeluarkan bahan gunung berapi (lava, iaitu magma yang keluar kepermukaan, dan abu gunung berapi dan gas kebanyakannya wap dan gas magma boleh didapati dimana-mana sahaja di kawasan tersebut. Kebanyakan lohong ini menghasilkan kon lebih kecil seperti Pu'u 'Ō'ō di sisi gunung berapi Kīlauea, Hawai.
Indonesia - Lombok: Gunung Rinjani - meletus 1995
Gunung berapi jenis lain termasuk gunung berapi cryo (atau gunung berapi air batu), terutama di bulan bagi Jupiter, Saturn dan Neptune; dan gunung berapi lumpur, yang pembentukannya kebanyakannya tidak berkait dengan aktiviti magma yang diketahui. Aktiviti gunung berapi lumpur biasanya membabitkan suhu yang jauh lebih rendah berbanding gunung berapi igneous, kecuali apabila gunung berapi lumpur sebenarnya merupakan lohon
  
Lava menjulur merentasi jalan di Kalapana disebelah timur zon rift gunung berapi Kīlauea di Hawai.
 Berbeza dengan pāhoehoe, Aa adalah istilah berasal dari Polynesian, disebut Ah-ah, bagi aliran lava yang berceranggah, kasar
  

No comments:

Post a Comment