Gunung Berapi
Gunung Berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi,
yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam
bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik
pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan
plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana
dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh
terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di
mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi
antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.
|
---|
Gunung berapi:Ciri-ciri gunung berapi
Pemahaman paling biasa mengenai gunung berapi adalah gunung berbentuk
kon, menghambur lava dan gas beracun dari kawah gunung berapi
dipuncaknya. Gambaran ini hanya menggambarkan satu dari pelbagai jenis
gunung berapi, dan ciri-ciri gunung berapi adalah lebih sukar. Struktur
dan perangai gunung berapi bergantung kepada beberapa faktor. Sesetengah
gunung berapi mempunyai kemuncak bergerigih dibentuk oleh kubah lava
dan bukannya kawah puncak, sementara yang lain menunjukkan ciri-ciri
permukaan bumi seperti tanah tinggi rata yang besar. Lohong yang
mengeluarkan bahan gunung berapi (lava, iaitu magma yang keluar
kepermukaan, dan abu gunung berapi dan gas kebanyakannya wap dan gas
magma boleh didapati dimana-mana sahaja di kawasan tersebut. Kebanyakan
lohong ini menghasilkan kon lebih kecil seperti Pu'u 'Ō'ō di sisi gunung berapi Kīlauea, Hawai.
Gunung berapi jenis lain termasuk gunung berapi cryo (atau gunung berapi air batu), terutama di bulan bagi Jupiter, Saturn dan Neptune; dan gunung berapi lumpur,
yang pembentukannya kebanyakannya tidak berkait dengan aktiviti magma
yang diketahui. Aktiviti gunung berapi lumpur biasanya membabitkan suhu
yang jauh lebih rendah berbanding gunung berapi igneous, kecuali apabila gunung berapi lumpur sebenarnya merupakan lohon
|
||||
---|---|---|---|---|
Berbeza dengan pāhoehoe, Aa adalah istilah berasal dari Polynesian, disebut Ah-ah, bagi aliran lava yang berceranggah, kasar |
No comments:
Post a Comment